21/5/2011
Tragedi tanah runtuh yang meranapkan asrama Persatuan Anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat.
16 orang anak yatim terkorban dalam kejadian tanah runtuh itu.Pilu sungguh melihat jenazah-jenazah anak-anak yatim itu.
INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN~
Kejadian ini menyebabkan saya terfikir akan punca-punca yang menyebabkan terjadinya tanah runtuh.
Punca:
- Semula jadi - Jumlah taburan hujan - kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan akan menyebabkan kandungan aliran air dalam tanah menjadi banyak- tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam tanah - tanah menjadi lemah dan mudah runtuh- Pergerakan tanah berlaku di kawasan yang mengandungi kuantiti takungan atau larian air yang banyak- berlaku tanah runtuh terutamanya di lereng-lereng bukit
- Pembangunan di kawasan tanah tinggi- Pembinaan perhotelan, perumahan dan pembinaan lebuh raya secara tidak terancang -Walaupun kos pembinaan mahal dan tidak selamat namun projek pembangunan tetap dijalankan demi mengaut keuntungan -Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan - Tragedi Highland Towers yang genap lima belas tahun lalu tidak dijadikan iktibar oleh pihakpemaju
- Aktiviti pembalakan tanpa kawalan- Penebangan hutan untuk tujuan pertanian, perumahan dan sebagainya menyebabkan tanah terdedah kepada agen hakisan-Senario ini berlaku kerana aktiviti pemabalakan di negara kita ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan-Struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi menyebabkan tanah runtuh.
Sumber rujukan: http://anelyza.blogspot.com/2010/04/punca-tanah-runtuh.html
p/s:Tanah runtuh menyebabkan kematian seperti kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan juga yang berlaku di Hulu Langat semalam.
KURANGKAN SEMUA AKTIVITI-AKTIVITI YANG MENCEMARKAN ALAM SEKITAR!!
0 komen:
Post a Comment