Beberapa hari kemudian…..
Sepucuk
Assalamualaikum w.b.t…
Ke hadapan Abang Islam..
Maafkan Hanan kerana
Abang sendiri pernah katakan, “Janganlah kamu menghampiri zina.” Hanan masih ingat lagi kata-kata abang. Maafkan Hanan.
Hari ni, Hanan sudah buat keputusan untuk menyambung pelajaran Hanan di MRSM Kuantan di tingkatan 4. Dan Hanan tahu, berita ini pasti mengejutkan abang. Kini, semasa abang membaca
Ucapan Hanan untuk abang..
“Terima kasih kerana abang sudah menjaga dan mendidik Hanan selama ini. Abang ibarat idola buat Hanan. Abang tolong jaga Amin sebaik mungkin sepanjang ketiadaan Hanan nanti. InsyaAllah, Hanan akan kembali untuk sebulan sekali. Semoga berjaya dalam pelajaran abang. Dan selamat berjuang dalam menyebarkan dakwah Islamiah di muka bumi ini.”
Wallahua’lam
Wassalamualaikum w.b.t…
Ikhlas daripada Hanan Mahfuzah
Dia melipat semula
“Ibu, Hanan mana?”
Ibu menoleh ke belakang.
“Kenapa Islam?” ibu membasuh kedua-dua tangannya di sinki lalu mengelap tangannya yang basah pada sapu tangan yang terletak di tepi sinki.
“Hanan mana, ibu?” dia mengulang kembali soalannya.
Ibu menarik nafasnya. Otaknya ligat menyusun ayat.
“Islam, Hanan bukan dah beritahu Islam yang dia nak pergi Kuantan?”
Islam menggeleng.
“Tak. Dia tak pernah beritahu Islam pasal ni. Islam baru tahu tadi bila Islam baca
“Islam, sebenarnya ibu tahu pasal perasaan dia pada Islam. Ibu tahu pasal segala-galanya tentang dia dan Islam,” ibu menarik kerusi lalu duduk di atasnya.
Islam terpaku. Ibu tahu semuanya tentang Hanan dan Islam?
“Maksudnya? Maafkan Islam, bu. Islam tidak tahu menahu soal ni,” nadanya kesal.
“Islam, dengar sini pesan ibu. Ibu sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak ibu yang tinggal di sini dengan ibu. Ibu sayangkan anak-anak ibu walaupun bukan ibu yang melahirkan kamu semua.”
Islam membisu. Tidak apa yang boleh dia perkatakan pada ketika itu.
“Ibu nak Islam tahu. Hanan bukannya seorang perempuan yang boleh dilabelkan seperti perempuan-perempuan di luar
Dahi Islam berkerut. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Hanan memiliki perasaan seperti itu padanya. Sedangkan dia sudah menganggapnya seperti adiknya sendiri.
“Hanan ada perasaan pada Islam?” Islam bertanya bagi mendapatkan kepastian.
Ibu mengangguk perlahan.
“Hanan sudah dewasa, Islam. Memang wajar dia ada perasaan seperti itu pada seorang lelaki,” ibu sambung berbicara.
Islam mengangguk tanda faham akan kata-kata ibu sebentar tadi.
“Kalau ada jodoh antara kamu dan Hanan, ibu cuma mampu berdoa. Tapi, andainya sudah ditakdirkan kamu berdua tidak akan bersama, ibu redha,” nada suaranya mendayu.
Islam menghela nafas. Kata-kata ibu tadi benar-benar dalam maknanya.
“Ibu, Islam hanya menganggapnya seperti adik. Soal jodoh, Islam serahkan seratus peratus pada Allah. Lagipun, bukan masanya lagi untuk Islam berfikir soal jodoh dan kahwin. Sekarang masanya untuk Islam tumpukan pada STPM yang akan tiba tak lama lagi dan meneruskan usaha Nabi Muhammad s.a.w. dalam memperjuangkan Islam dan menyebarkan dakwah Islamiah,” Islam meluahkan rasa hatinya.
Angguk.
“Ibu faham. Sudahlah, ayam goreng ibu dah terlebih masak dah tu,” ibu segera bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke tempat masaknya untuk mengeluarkan ayam goreng yang sudah siap digoreng di dalam kuali.
Islam hanya mampu melihat gerak-geri ibu. Ibu meletakkan ayam goreng yang telah siap digoreng ke atas tisu yang dialas di atas sebuah pinggan.
“Kenapa Islam pandang ibu macam tu?” dahinya berkerut.
Dia pantas menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak ada apa-apa. Cuma Islam rasa bersyukur sebab ibu sanggup pelihara Islam sampai ke saat ini. Terima kasih, ibu.”
“Hari ini hari ibu?”
Islam ketawa.
“Tak, ibu. Setiap hari ialah hari ibu bagi Islam. Terima kasih, ibu,” tubir matanya sudah tidak mampu menahan air yang turun tiba-tiba.
“Suka hati kamulah. Ibu gorengkan dua ayam goreng untuk kamu.Sudah. Jangan nangis. Nanti adik-adik nampak kamu nangis.”
“Jangan. Satu pun dah cukup, ibu,” jarinya mengesat air mata yang mengalir di kedua-dua belah pipinya.
“Ibu gorengkan dua ayam goreng untuk setiap seorang. Lagipun ada rezeki lebih hari ni,” tangan ibu aktif menggoreng ayam dengan sudip.
Angguk.
“Islam masuk bilik dulu. Nak menyiapkan diri untuk solat zohor,” Islam bersuara.
Tanpa menunggu ibu membuka mulut, dia berlalu pergi. Ibu meneruskan kerjanya memasak di dapur untuk makan tengahari. Mulutnya terkumat-kamit berselawat ke atas nabi sambil memasak.
“Terburu-buru dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetap tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayaan serta dapat membentuk keperimanusiaan.”
******************
Di sekolah…
Semangat assabiah yang dulunya menebal di dalam diri setiap pelajar sekolah itu mulai lenyap setelah gugurnya Gang Underground.
Keenam-enam sahabat yang berada di sekolah Henry Gurney, Melaka sering berutus salam. Sepucuk
“Dua orang bersaudara itu ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.”
0 komen:
Post a Comment