Syamimi memerhatikan skrin telefon bimbit Sony Ericsson W595 miliknya.
Dia membaca mesej yang dihantar Lukman sebentar tadi. ‘Mmmm…nanti kita jumpa kat depan sekolah. Dalam pukul 5 petang. Jumpa awak kat
Senyumannya semakin leber. Hatinya berbunga mekar. ‘Dia nak jumpa aku pukul 5?’ Dia berfikir sejenak. ‘
Diam. Otaknya diperah. Memikirkan alasan yang munasabah. Tiba-tiba dia memetik jarinya.
“Yes!!! I got it. Hope umi dengan ayah percaya kat aku,” akhirnya idea untuk kelentong datang juga. ‘Jangan kantoi sudah.’
Syamimi melihat jam tangannya. Sudah pukul 4 petang. ‘Baik aku pergi awal-awal. Biar umi dengan ayah tak syak apa-apa.’
Dia mengambil beg sisi Body Glovenya yang diletakkan di birai katil lalu melangkah keluar dari biliknya itu. Dia menuju ke ruang tamu. Kelihatan ayahnya sedang khusyuk membaca
“Ayah,” Syamimi memanggil ayahnya. Ayahnya masih membaca
“
“Mimi nak pergi sekolah kejap.
Ayahnya menutup
Diam.
“Ok. Tapi dah tanya umi belum?” Syamimi sengih. “Belumlah tu,” ayahnya menyambung. “Tak apa. Nanti ayah tolong cakapkan. Sekarang umi keluar beli barang kat Tesco. Jom. Ayah hantarkan.”
Senyum. “Terima kasih, ayah.”
Ayahnya bangun dari sofa dan melangkah keluar dari rumah selepas mengambil kunci kereta yang tergantung di dalam bekas kunci. Syamimi mengekori ayahnya dari belakang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail begitu sunyi. Hari ini sememangnya hari cuti. Syamimi setia menunggu kehadiran Lukman di bus stop di hadapan sekolahnya itu.
“Mimi,” Syamimi menoleh ke kiri, kemudian ke kanan. Kelihatan satu susuk tubuh yang sasa milik seorang pemuda yang memiliki raut wajah yang handsome sedang menuju ke arahnya.
“Lukman,” Syamimi menyebut nama lelaki itu. Mereka berdua berusia 16 tahun. Sebaya. Syamimi menghadiahkan senyuman. Senyumannya dibalas.
Lukman mendekati Syamimi yang sedang berdiri di bus stop itu.
“Dah lama tunggu?”
Geleng.
“Taklah lama sangat. Dalam lebih kurang dua puluh minit macam tu,” Syamimi bersuara. Baginya 20 minit bukanlah terlalu lama. Demi Lukman, dia sanggup. Lukman menguntumkan senyuman.
“Sorry sebab awak kena tunggu saya. Tadi ada problem sikit.”
“Eh, tak apa. Saya tak kisah.”
Angguk tanda faham.
“Jom kita pergi,” Lukman mengajak. Ternyata Syamimi terkejut dengan ajakannya.
Diam.
“Pergi mana?”
Lukman sengih. “A place that I want you to have fun. Okey?” Syamimi diam seribu bahasa. Namun senyuman di bibirnya masih terukir.
Lukman menghentikan motosikal Suzukinya yang berwarna biru di hadapan sebuah rumah teres semi-D yang dicat dengan warna-warna yang ceria. Syamimi turun dari motosikal itu. Helmet yang dipakainya ditanggalkan.
Lukman mengambil helmet itu. Dia juga turun dari motosikalnya lalu menanggalkan helmet di kepalanya. Dia meletakkan kedua-dua helmet itu di atas seat motosikalnya.
“Ni rumah parents saya. Maksud I, ni rumah kedua dia orang. Jom masuk!” Lukman mengajak. Lock pagar dibuka. Lukman masuk sambil diekori Syamimi dari belakang.
Pintu rumah itu dibuka. “Jemput masuk. Buatlah macam rumah sendiri.”
Syamimi duduk di atas sofa setelah dipersilakan. Matanya meliar memandang sekeliling ruang dalam rumah itu. Unik.
“I pergi buatkan air untuk U dulu. U duduk sini dulu ek?” Lukman berbicara dengan membahasakan dirinya I dan
Lukman melangkah pergi ke dapur, meninggalkan Syamimi di sofa. Syamimi mengekorinya dengan anak matanya sehingga Lukman hilang dari pandangan. Dia tersenyum sendirian.
Telefon bimbitnya menjerit lagu Te Amo nyanyian Rihanna minta diangkat. Syamimi menjawab panggilan itu.
“Hello.”
Lukman mencari sesuatu di dalam kabinet makanannya. “Mana pula pergi benda tu?” Lukman merungut. Tangan dan matanya masih aktif mencari barang yang dicarinya dalam kabinet itu.
“Hah!” dia senyum. “Finally.”
Dia memegang benda itu. “Sorry, Mimi. Aku kena buat semua ni. Kalau tak aku tak mungkin dapat hidup. Aku betul-betul perlukan stok.”
Perlahan-lahan dia memasukkan serbuk yang ada dalam paket yang dijumpainya tadi. Dia mengacau air teh O panas yang dibancuhnya dengan sudu. ‘You are in my trap now. Thanks for being with me and helping me, ‘darling’.’
‘Dumm girl!’ Lukman bermonolog lagi.
Kelihatan Syamimi sedang bercakap dengan seseorang di dalam telefon. Lukman menghampiri Syamimi sambil membawa secawan air teh O yang dibancuhnya tadi. Syamimi mematikan panggilan. Telefonnya dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.
Lukman menghulurkan cawan itu. “This is your tea.”
Senyum.
“Thanks,” Syamimi menyambut huluran itu. Dia menghirup sedikit air teh O.
“Sedap. Pandai U bancuh air,” sambung Syamimi. Lukman mengukir senyuman.
“It’s nothing,baby.” Ternyata Syamimi terkejut dengan panggilan baby padanya. Dia menghirup sedikit lagi air teh O tersebut. Kemudian meletakkan cawan itu di atas meja di hadapannya.
‘Okey. Now what is happening here? Why is he romantically incline?’
“Am I a special person to you, Lukman?” Lukman memandang Syamimi dalam-dalam.
Diam.
“Yes, darling. You’re sure are special to me. I need you in my life. I really, really mean it,” Lukman menjawab soalan itu. Dia memang sedang berbohong. Itu hanya lakonan semata-mata. Tidak mungkin dia menyukai Syamimi. Dia bukanlah taste Lukman.
Syamimi menguntumkan senyuman. Hatinya berbunga mekar mendengar luahan hati Lukman. Tiba-tiba Syamimi berasa sakit di kepalanya. Berdenyut. Dia tersandar lemah di sofa sambil tangannya memicit-micit kepalanya yang sakit. Lukman tersenyum di dalam hati.
‘Yes!!’ dia bermonolog. “Are you okey, Mimi?” dia berlagak seperti tidak tahu apa-apa.
Syamimi mengetap bibir. Kepalanya masih berdenyut. Sakit. Melihat Syamimi tidak ada jawapan, dia meneruskan plan yang dirancangnya.
“Jom. I bawa U ke bilik. U kena baring. Rehatkan diri U tu. Okey?”
Angguk tidak. Geleng pun tidak. Dia tidak mampu membantah.
Lukman memapah Syamimi menuju ke bilik utama dalam rumah itu. Syamimi akur. Syamimi didudukkan di birai katil. Tangannya memicit-micit kepalanya itu.
Lukman tersenyum nakal. Dia membuka t-shirt berbelang merah yang dipakainya.Dia kemudiannya mendekati tubuh Syamimi di birai katil. Tudung Syamimi perlahan-lahan dibuka. Rambutnya yang pendek paras bahu berikal mayang kelihatan.Tubuhnya lemah. Tidak terdaya untuk menahan lagi kesakitannya itu. Dalam keadaan yang separuh sedar itu, dia dibaringkan oleh Lukman. Dia tidak mampu membantah. Setelah itu, dia akhirnya menutup mata akibat kesakitannya itu dan tidak menyedarkan diri.
Matahari mula memancarkan cahayanya di langit biru. Syamimi membuka matanya perlahan-lahan. Dia memegang kepalanya. Sudah kurang sakitnya. Dia menoleh ke kanan. Terkejut. Terus dia bangkit dari baringannya.
“Lukman!” Dia melihat dirinya dalam keadaan berselimut. Alangkah terkejutnya dia berada dalam keadaan yang separuh b****. Lukman terjaga dari tidurnya. Dia bangkit dari baringannya.
“U dan bangun?” dia menggesek-gesek matanya.
“Apa yang U dah buat kat I? Apa yang U dah buat?!” suaranya tinggi. Lukman memandang tepat pada wajah Syamimi.
“Please don’t get mad, darling,” Lukman
“What are you doing to me yesterday?! Answer me!”
Diam.
“You want to know?? I just have fun with you. That’s what I promise you yesterday,” dia bercakap seolah-olah tidak bersalah. Bengang. Kecewa.
“Why are you doing that to me? Why, Lukman?” air matanya mulai menitis membasahi pipi. ‘Mahkota’nya telah hilang.
Lukman menelan liur. “You really want to know? I buat macam tu…….sebab……I…..need…..” dia berhenti sebentar. Nafas ditarik dalam-dalam. “Drugs.”
Syamimi membatu. Dia bertambah marah. “Go to hell with your drugs!! U memang binatang. U tak layak hidup kat bumi ni! U monster!”
Lukman mengingat kembali kata-kata ketua pengedar dadah, yang juga merupakan pelajar di sekolah yang sama, Ben.
“Okey. Macam ni!! Kalau kau tak boleh beli dadah dengan duit. It’s okey. Tapi dengan satu syarat.”
“Apa dia?” Lukman bertanya.
“Kau nampak perempuan tu?” jari telunjuknya tepat-tepat menunjuk ke arah seorang pelajar perempuan yang bertudung. Ayu.
“Namanya Syamimi Suraya. Aku nak kau hilangkan dara dia,” sambungnya. Lukman terdiam.
“What?! Are you nuts?! Gila! Aku tak nak buat benda macam tu,” Lukman membantah.
“Terpulanglah kat kau, Man. Kalau kau tak buat, aku tak akan kasi stok yang kau nak tu kecuali kalau kau bayar dengan cash!!”
“Tak ada jalan lain ke?” Lukman bertanya.
Ben menggeleng perlahan. “Nope.”
Diam. Lukman berfikir sejenak.
Dia mengangguk perlahan. “Fine. Aku setuju. Tapi kau kena tepati janji kau.”
Ben mengangguk. “Don’t worry my friend. She’s the right one.”
“Plan?”
Senyum.
“Kau kena ajak dia keluar. Then, kau bawa dia pergi rumah second parents kau tu. Nah! Kau ambil benda ni,” Ben menyerahkan satu paket kepada Lukman. Lukman mengambil paket itu.
“Tu serbuk khayal. Kau letakkan dalam minuman dia. Gerenti dia akan lemah. Waktu tu kau ambil kesempatan tu.”
Lukman diam seribu bahasa. Dia menelan liur.
“Macam mana aku nak ajak dia keluar? Macamlah dia nak.”
Ben senyum. “Kau ambil nombor telefon dia ni. Kau contact dia. Lagipun kau jangan risau. Dia admire gila kat kau. Kerja senang je untuk kau ni.”
Ben menyerahkan secebis kertas yang ditulis nombor telefon Syamimi. Lukman mengambil cebisan kertas itu dari tangan Ben.
“Kau ambil benda ni dulu sebagai pendahuluan. Lepas kau selesai buat kerja kau tu, aku kasi kau dua kali ganda dari ni,” Ben menghulurkan satu bungkusan yang mengandungi 5 gram dadah kepada Lukman.
Senyum.
“Thanks, bro,” Lukman menyambut huluran itu.
Syamimi melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan hati yang berdebar. Risau jika umi dengan ayah tahu perkara yang sebenar.
“Mimi,” namanya dipanggil. Langkahnya terhenti. Tidak mahu menoleh. Dia menundukkan wajahnya, memandang lantai. Dia tahu. Melalui suara ayahnya yang memanggilnya tadi, telah menunjukkan bahawa ayahnya sedang berada dalam kemarahan. ‘Jantungnya berdegup kencang.’
“Mimi? Pandang sini, nak. Umi dengan ayah nak cakap something kat Mimi,” uminya bersuara dengan tenang. Syamimi masih menundukkan wajahnya. Tidak mampu untuk dia memandang wajah umi dengan ayah. Dia tahu bahawa dia telah menconteng arang ke muka kedua-dua orang tuanya itu.
“Mimi!” kali ini nada suara ayahnya meninggi. Syamimi membatukan diri. “I’m talking to you!!”
Tanpa menunggu lagi, dia segera mengangkat kaki dari situ menuju ke biliknya.
“Mimi!!” ayahnya memanggil lagi. Akan tetapi, dia hanya tidak mengendahkan panggilan ayahnya itu. Dia tahu, jika dia berterus terang, pasti ayahnya akan naik darah dan kemudian terkena serangan sakit jantung. Dia tidak mahu perkara itu terjadi. Dia tidak bersedia lagi kehilangan ayahnya yang tercinta. Dia mengaku. Semuanya salahnya. Dia kesal dengan kekhilafannya. Kakinya terus melangkah. Pandangannya langsung tidak dialihkan.
Pintu biliknya ditutup. Dia menghempas beg sandangnya ke atas katil. Dengan segera, dia menuju ke bilik airnya. Dia membuka air shower lalu memandikan dirinya. Air matanya mengalir bercampur dengan air shower.
“Aku benci kau! Binatang! Kejam! Aku benci kau, Lukman!” dia berteriak.
Pintu bilik Syamimi diketuk berulang-ulang kali. Kuat. Akan tetapi, tiada sebarang jawapan oleh Syamimi. Apatah lagi untuk membukanya. Umi mengetuk lagi. Sekali lagi tiada jawapan.
“Abang, kita buka guna kunci pendua, ya?” umi meminta izin suaminya untuk membuka pintu yang berkunci itu. Jelas sekali kerisauan di wajahnya.
Angguk.
Umi segera mengambil kunci pendua yang tergantung di dinding bersama dengan kunci-kunci yang lain lalu menuju semula ke bilik Syamimi. Tangannya pantas memasukkan kunci ke dalam lubang kunci di pintu bilik itu lalu memutarkannya. Pintu bilik akhirnya terbuka. Dengan segera tombol pintu dipulas.
“Mimi!” umi mendekati tubuhnya yang terbaring di atas lantai. Ayah turut mendekati tubuh Mimi. Kelihatan sebotol ubat pil di atas lantai dan beberapa pil yang bersepah di atas lantai di sekitar Mimi.Ayah mengambil botol itu.
Label di botol itu dibacanya dengan teliti. Pil tidur. ‘Berapa banyak Mimi ambil ubat tidur ni?’
Umi masih menggoncang tubuh Syamimi yang kaku di lantai. Nadinya masih berdenyut namun perlahan. Umi bertambah risau. Lagi-lagi melihat Syamimi yang masih terbaring kaku di atas lantai.
Ramai pesakit yang keluar masuk dari Hospital Pantai Cheras. Umi dan ayah masih setia menunggu di ruang menunggu sambil berdoa akan keselamatan Syamimi.
Seorang doktor muda keluar dari bilik rawatan kecemasan. Umi dan ayah bangun dari tempat duduk masing-masing, menuju ke arah doktor muda itu.
“Macam mana keadaan anak kami, doktor?” ayah bersuara. Umi menggenggam tangan ayah. Berdebar menantikan kata-kata doktor muda itu.
Doktor itu menarik nafas panjang. “Tuan, puan, Syamimi…” Hati mereka berdua semakin berdebar.
“…dapat kami selamatkan. Alhamdulillah,” doktor itu menyambung bicara. Umi dan ayah menghela nafas lega sambil mengucapkan kesyukuran kepada ALLAH.
“Boleh kami lawat dia sekarang doktor?” umi bertanya. Doktor muda itu mengangguk sambil mengukir senyuman.
“Terima kasih, doktor,” kali ini giliran ayah bersuara.
Senyum.
Syamimi terbaring lemah di atas katil hospital. Masih dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Umi memegang tangan kanan Syamimi. Air mata keibuannya menitis.
“Kenapa? Kenapa Syamimi buat macam tu? Syamimi nak bunuh diri ke? Tapi kenapa, nak?” umi berbicara kepada tubuh Syamimi yang masih kaku. Ayah menyentuh bahu umi.
“Sabarlah. Doktor kata Mimi tak apa-apa. Cuma terlebih dos ubat tidur je. Nanti dia okey lah tu,” ayah memujuk. Umi mengangguk perlahan.
“Tapi kenapa sampai dia nak buat macam ni?”
“Awak pun tahu
Geleng.
“Andai kata semua tu berlaku…..abang tak boleh maafkan Mimi. Apatah lagi nak terima Mimi sebagai anak. Abang tak nak mengaku yang abang ada anak. Tak akan pernah sesekali sebab dia dah menconteng arang kat muka abang dengan awak. Kalaulah itu yang berlaku,” ayah begitu memahami apa yang hendak dikatakan umi padanya. Umi mengangguk perlahan. Akan tetapi, tidak mungkin dia sanggup membuat anaknya seperti itu. Baginya, walau apa pun terjadi, dia tetap menyayangi Syamimi. Tak akan pernah berkurangan. Meskipun perkara itu terjadi. Tapi, adakah dia sanggup menghadapi tohmahan dan pandangan serong oleh masyarakat sekeliling?
Semalaman Syamimi terlantar di atas katil hospital. Matanya dibuka perlahan. Dia menoleh ke kanan. “Umi? Ayah?” suaranya perlahan.
Umi terjaga dari lenanya. “Mimi? Mimi dah sedar?” umi menggesek-gesek matanya. Dia bangun dari kerusinya lalu membelai rambut Syamimi yang pendek berikal mayang itu.
Mimi diam. Ayah turut mendekati Syamimi yang masih terbaring di atas katil itu. Muka ayahnya serius. Syamimi tidak berani memandang wajah serius ayahnya itu. ‘Ayah tahu ke pasal perkara yang terjadi kat aku?’
“Kenapa Mimi buat macam tu? Kenapa Mimi ambil pil tidur?” ayah bertanya dengan nada suara yang tegas. Syamimi tidak menjawab. Umi memandang wajah ayah dalam-dalam.
“Abang, anak kita ni baru sedar. Biarlah dia rehat dulu. Nanti-nantilah abang tanya dia. Okey?”
Diam.
“Abang pergi beli
“Hati-hati, bang.”
Ayah memandang wajah Syamimi sebelum berlalu keluar dari bilik wad itu. Serius. Syamimi menelan liur.
Setelah ayah keluar dari bilik itu, umi duduk di atas kerusi di sisi katil Syamimi semula. Tangannya menggenggam erat tangan Syamimi. Sejuk.
Syamimi memandang wajah umi. Memang dia rasa serba salah kerana telah melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH. Dia khilaf. Tanpa sedar, air matanya menitis ke pipi. Kesal.
“Kenapa Mimi menangis, sayang?” umi bertanya. Dia berasa pelik kerana tiba-tiba air matanya menitis. Tidak mungkin kalau tidak ada sebab.
Syamimi menarik nafas. Genggaman tangannya semakin kuat. “Umi….I need….to say…..something,” Mimi berhenti sebentar. Dia tidak sanggup untuk meneruskan kata-katanya. Dia takut jika umi tidak mahu menerimanya sebagai anak lagi.
“Kalau Mimi cakap something yang bakal umi marah….umi sanggup ke mengaku Mimi ni anak umi? Mimi tak nak kehilangan umi.Mimi…” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, umi dengan pantas bersuara.
“Walau apa pun terjadi, Mimi tetap anak umi. Umi memang tak nak kehilangan Mimi. Mimi lah satu-satunya anak umi dengan ayah,” umi berhenti seketika. Dia menarik nafas panjang.
Diam.
“Boleh umi tanya satu benda?”
Angguk.
“Mana Mimi pergi hari tu? Umi nak Mimi jujur dengan umi. Please be honest, sayang,” umi menyambung bicaranya. Syamimi menelan liur. Nafas ditarik perlahan-lahan.
“Umi…”
“Tak apa, sayang. Cakap je kat umi. Umi janji umi tak akan tinggalkan Mimi. Umi akan sayangkan Mimi macam sekarang,” umi bersuara lagi kerna dia tahu Syamimi pasti takut untuk memberitahunya perkara sebenar.
“Se…se….se…sebenar…sebenarnya….” umi masih menanti. Syamimi menenangkan dirinya. Dia menelan liur.
“Mimi..mimi….per..per…” berhenti lagi. Umi menggenggam tangan anaknya itu dengan tujuan untuk memberi semangat kepada anaknya. Air mata Syamimi meniti lagi. Dia tidak sanggup memberitahu perkara yang sebenar. Dia takut. Sudahlah umi menghidapi penyakit darah tinggi. Dia risau kalau-kalau penyakit uminya itu menyerang.
“Mimi pergi….” berhenti. Umi memotong.
“Mimi pergi rumah Lukman?”
Diam. Lama-lama dia mengangguk. Dia tidak mahu berselindung lagi.
“Macam mana umi tahu?” Syamimi pelik.
Umi menarik nafas. “Hari tu, ayah telefon kawan Mimi. Apa namanya?” umi
Syamimi nyata terkejut. ‘Sahabatnya sanggup buat macam tu?’
“Betul ke umi?” Syamimi bertanya. Umi mengangguk perlahan. Mengiyakan semua kata-katanya sebentar tadi.
Suasana sepi seketika.
“Apa yang Mimi buat kat situ? Semalaman Mimi kat situ ke?”
Lama-lama dia mengangguk perlahan.
“Apa yang Mimi dah buat?” umi masih terus-terusan mengajukan soalan. Umi tidak mahu berfikiran yang bukan-bukan. Tidak mungkin anaknya melakukan perkara seperti yang difikirnya. Dia dan suaminya tidak pernah mengajar anak tunggalnya itu melakukan perkara-perkara yang terkutuk di sisi ALLAH. Apatah lagi perkara yang difikirkannya ketika ini. Dia
Syamimi menelan liur. “Mimi…mimi…mimi…” berhenti. Air liur ditelan. “..dipergunakan,” Syamimi besuara dengan nada yang perlahan.
Umi tidak mengerti. “Maksud Mimi apa, nak?”
“Maksud Mimi…Mimi….Mimi…” air matanya menitis lagi. “sekatil dengan dia.”
“ASTAGFIRULLAH AL-AZIM,” umi beristighfar panjang. “Jadi, sebab tu Mimi ambil pil tidur banyak-banyak?” umi mengurut dada.
Mimi mengangguk perlahan.
“What are you thinking you are doing, Mimi?” terpancar kerisauan di wajah umi.
Diam seribu bahasa.
Umi menarik nafas panjang. “Macam ni. Jangan sampai ayah tahu pasal perkara ni. Umi tak nak ayah mengamuk. Sebab nanti penyakit sakit jantung dia datang balik.”
Syamimi angguk. Setuju dengan cadangan umi.
0 komen:
Post a Comment