Blogger Widgets Aku Dot Kamu 2 | ~The Beginning of Life~

Aku Dot Kamu 2

3 bulan kemudian…

Tekaknya terasa loya. Sudah berulang-ulang kali dia keluar masuk bilik air rumahnya. Umi sedar akan tingkah laku Syamimi itu. Risau.

“Mimi, kenapa ni?” tangannya menggosok belakang badan Syamimi.

Liur ditelan.

“Entahlah. Mimi rasa tekak Mimi ni loya. Tak tahu pula kenapa,” Syamimi tidak berselindung.

Diam.

“Umi suruh bibik belikan pregnancy test kit, ya? Kita check dulu,” umi memberi cadangan.

“Maksud umi, Mimi…” dia sengaja berhenti.

Angguk.

Syamimi melihat pregnancy test kit itu. Positif. Syamimi beristighfar panjang. ‘Ya ALLAH!! ENGKAU tabahkanlah aku untuk menghadapi ujianMu ini.’

Dia melangkah keluar dari bilik air. Wajahnya murung. Dalam kocek seluarnya, ada pregnancy test kit itu.

“Mimi? How about the test?” umi bertanya dengan nada suara yang perlahan. Syamimi diam. Tangannya mengeluarkan test kit itu dari kocek seluarnya. Dia menghulurkan benda itu kepad aumi. Dengan hati yang berdebar, umi mengambil benda itu dari tangan anaknya lalu melihat keputusannya. Positif. Dia beristighfar panjang. “Ya ALLAH!”

Tangannya bergetar. Terimakah dia akan kebenaran ini? Adakah dia mampu untuk bersabar dengan semua ini? Sanggup?

“Umi?”

Umi memandang wajah Mimi dalam-dalam. Syukur bahawa suaminya tidak ada di rumah ketika itu.

“Umi kena bawa Mimi pergi satu tempat. Tempat yang Mimi boleh percaya. Dan Mimi boleh hidup dengan aman kat situ. Insy-ALLAH nasib Mimi akan terbela kat situ,” air matanya mengalir perlahan.

Syamimi memegang tangan umi. Dia tahu dia bersalah. Dia tahu perasaan umi ketika ini berkecamuk dan kecewa.

“Umi, Mimi sudi pergi tempat tu. Mimi tahu, semua yang umi buat untuk Mimi adalah di atas kebaikan Mimi sendiri. Mimi rela,” air matanya turut menitis membasahi pipi.

Umi menarik tubuh Syamimi ke tubuhnya. Mereka berpelukan seerat-eratnya. Mereka bakal berpisah. Mungkin hanya sementara.

“Mana awak nak bawa budak ni?” ayah bertanya pada umi. Dia melihat Syamimi membawa sebuah beg pakaian dan barang-barang kelengkapan lain.

Umi mengeluh perlahan. “Saya nak hantar Mimi kat kampung saya.”

Ayah berlagak selamba. “Hah! Eloklah tu. Selagi si Mimi tu ada kat sini, tak aman hidup saya ni. Dasar pemalu keluarga.” Dia langsung tidak memandang wajah Syamimi. Syamimi mengalihkan pandangannya. Takut untuk memandang wajah ayahnya yang garang itu.

Sejak ayahnya mengetahui bahawa dirinya sudah tiada dara beberapa bulan lalu, ayahnya itu langsung tidak menegur dirinya. Apatah lagi menyayangi dirinya seperti dulu. Nak menyentuhnya. Jijik dan hina. Berulang-ulang kali ayahnya mengulang ayat yang sama. “Aku tak pernah ada anak. Anak aku tak macam ni. Anak aku baik. Dia tak akan malukan keluarga. Dia tak akan malukan aku. Jangan panggil aku ayah! Kau bukan anak aku!”

Syamimi kembali mengingat peristiwa itu. Ketika ayahnya mendesak dia untuk memberitahu perkara sebenar, selepas dia keluar dari hospital.

Kenapa kau ambil pil tidur? Kenapa?” nada suara ayahnya tegas. Syamim tunduk.

“Abang, biarlah Mimi rehat dulu. Kan dia baru keluar hospital?” umi memujuk dengan nada suara yang lembut.

“Abang tak peduli. Abang nak tahu jawapannya. Abang tahu dia frustrated. Tapi cuma abang tak tahu kenapa dia buat macam tu,” ayah memandang Syamimi semula, yang masih menundukkan wajahnya.

“Hah! Kenapa kau buat macam tu?!” nada suaranya masih tegas. Syamimi menelan liur. Dia tak akan memberitahu perkara sebenar pada ayahnya. Umi menghampiri Syamimi.

Diam.

“Cakap!!!” kali ini, suaranya meninggi. Air mata Syamimi tumpah. Umi mengusap belakang badannya.

“Abang, jangan mendesak Mimi. Biar dia rehat dulu.”

“Aku tak kira! Aku nak kau bagi tahu aku sekarang! Kalau tak..” ayah mengambil sebatang rotan di tepi meja. Dia mendekati tubuh Syamimi. Satu libasan diberi di peha Syamimi. Syamimi mengaduh kesakitan.

“Abang,” umi bersuara. Ayah memandang wajah umi. Tajam.

“Ke tepi!” umi masih tidak berganjak. Ayah mula bengang. “Aku cakap ke tepi! Ke tepi! Kau jangan nak be;a budak ni!”

Mahu tidak mahu, umi berganjak ke tepi. Dia tahu apa suaminya hendak buat pada anaknya.

Selibas pukulan diberi lagi di peha Syamimi. Sekali lagi Syamimi mengaduh kesakitan.

“Bagi tahu aku apa kau dah buat kat rumah lelaki tu! Cepat!” satu lagi libasan singgah di peha Syamimi. Air mata Syamimi mengalir dengan deras. Sakit. Syamimi melutut di hadapan ayahnya.

“Ayah,” Syamimi merintih meminta simpati. “Ampunkan Mimi, ayah. Ampunkan Mimi.”

Ayah terus melibasnya di bahagian belakang badannya pula. Dia mengetap bibir. “Ayah, sakit!”

“Kau bagitahu aku! Apa yang kau dah buat kat rumah lelaki tu!” Syamimi menelan liur. Air matanya mengalir membasahi pipi.

“Mimi…Mimi…” ayah berhenti melibas Syamimi.

“Kau buat perkara tak senonoh kat situ?!” ayah meninggikan suaranya.

Diam.

“Abang, sudahlah tu. Abang jangan seksa anak kita lagi,” umi menenangkan suaminya. Air matanya tumpah. Dia tidak sanggup melihat anaknya diseksa seperti itu.

“Jawab!” satu libasan lagi singgah di belakang badan Syamimi. Ayah langsung tidak mempedulikan kata-kata umi tadi.

Air mata Syamimi mengalir dengan deras. Sakit. “Aku kata jawab! Betul ke kau buat perkara tak senonoh kat rumah lelaki tu!!” ayah melibas lagi. Syamimi mengetap bibir. Dia tetap tidak mahu menjawab. Ayah melibas lagi. Melibas dan melibas.

Syamimi tidak mampu menahan sakit. Akhirnya dia menjawab. “Ya, ayah. Maafkan Mimi, ayah. Mimi menyesal.”

Ayah berhenti melibas. Rotan yang dipegangnya jatuh dari pegangannya. Umi segera menghampiri tubuh Syamimi yang lemah. Ayah membuka langkah pergi dari situ menuju ke biliknya. Pintu bilik ditutup lalu dikunci. Syamimi menangis. Dia lantas memeluk tubuh umi di sebelahnya. Umi membelai rambutnya dan menenangkannya.

Kereta Volkswagen Golf GTI berwarna merah berhenti di halaman sebuah rumah kampung. Nampak usang. Tapi masih boleh digunakan.

Umi dan Syamimi keluar dari perut kereta. Barang-barang Syamimi dikeluarkan dari bonet kereta. Syamimi memerhatikan sekitar rumah itu. Terdapat beberapa orang wanita yang sedang berkumpul di sebuah pondok.

“Kak?” seorang wanita menegur umi lalu mencium tangan umi dan saling berlaga pipi.

“Mak su?” Syamimi bersuara. Wanita itu memandang wajah Syamimi. Syamimi mencium tangan wanita itu.

“Aishah apa khabar?” mereka berdua sudah lama tidak berjumpa.

Senyum.

“Alhamdulillah, kak. Sihat wal afiat. Akak macam mana?”

“Sihat. Alhamdulillah.”

Diam.

“Tak apa ke akak tinggalkan Mimi dengan Aishah kat sini?”

“Tak apa, kak. Tu…” Aishah menunjuk ke arah remaja-remaja wanita yang berkumpul di pondok tersebut dengan anak matanya. Syamimi turut memandang. “Dia orang juga mendapat nasib yang sama macam Mimi. Jadi, dia orang membela nasib dia orang kat sini. Demi mendapat pilihan kedua di sini,” Aishah menyambung.

Angguk tanda mengerti.

Tidak sampai lima jam dia berada di rumah kebajikan, ia ibarat berada di neraka dunia. Tapi dia sedar. Ini semua untuk kebaikan dirinya. Demi masa depannya.

“Hai,” seorang remaja wanita menegur Syamimi yang sedang termenung di beranda. Syamimi menoleh.

Senyum.

“Saya Rasyiqah. Sebaya dengan awak,” dia mengambil tempat duduknya di sebelah Syamimi.

“Syamimi. Awak boleh panggil saya Mimi,” Syamimi memperkenalkan dirinya. Dia berjabat tangan dengan Rasyiqah.

Mata Mimi singgah di perut Rasyiqah yang agak memboyot. Dia kembali memandang wajah kawan barunya itu.

“Awak…” Mimi tidak berani menyambung kata-katanya. Rasyiqah mengusap perlahan perutnya yang memboyot itu.

“Dah enam bulan,” suaranya perlahan. Syamimi menelan liur. Seakan-akan Rasyiqah dapat meneka kata-kata yang seterusnya.

“Maaf,” Mimi tunduk memandang bumi.

Rasyiqah menggeleng perlahan.

No, its ok. Bukan salah awak,” air mata yang tumpah di pipinya dikesat perlahan dengan jari-jemarinya.

“Saya masuk dalam dulu,” Rasyiqah membuka mulut.

Mimi mengangguk perlahan.

“Ok.”

Rasyiqah mengangkat kakinya masuk ke dalam rumah kebajikan itu. Mimi hanya memerhatikannya dengan anak matanya sehingga kelibat Rasyiqah hilang dari pandangannya.

Mimi kemudiannya mengalihkan pandangannya ke luar. Dia mengeluh perlahan. Matanya singgah pada sebuah pondok. Dari jauh dia dapat melihat tulisan yang terpapar di bumbung pondok itu. PONDOK PRIHATIN.

0 komen:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...