“Hindarilah diri daripada menjadi manusia yang suka berpuak-puak dan berpecah-pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerjasama di antara satu sama lain.”
Kemunculan tamadun Islam dianggap unik kerana tamadun ini lahir dan berkembang di kawasan
Pada zaman jahiliyah, tercetusnya sebuah peperangan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain walaupun atas sebab yang kecil yang dinamakan peperangan al-Basus yang berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar. Peperangan berlaku disebabkan oleh tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh seorang ahli Bani Taghlib. Sungguhpun peperangan ini berpunca daripada perkara kecil tetapi peperangan ini memakan masa selama 40 tahun.
Masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok. Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negative kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah. Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau dan tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat. Kemunculan semangat assabiah ini berpunca dari sistem kabilah yang berasaskan keturunan. Dalam sistem kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka. Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.
Marcapada ini, manusia mementingkan diri sendiri apabila mendepani kemajuan, sehingga sanggup meninggalkan orang-orang yang begitu rapat dengannya. Inilah senario yang dihadapi ketika ini.
Mentari menyinari pagi dan ditemani pasangan awan yang tersusun rapi di atas lembaran langit terhampar luas. Siulan mesra unggas yang berlagu riang serta degungan sang lebah menghiasi tugasnya mencari madu segar dari satu kelopak ke satu kelopak yang lain.
Islam menghela nafas perlahan-lahan. Dia menikmati dunia yang dihias hamparan permaidani bunga-bungaan aneka warna, mencabar keanggunan lintasan megah jaluran pelangi di dada langit yang biru cemerlang.
“Keikhlasan seumpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya,” kata-kata Dr. Tengku Asmadi terus bermain di kotak fikirannya.
Pintu biliknya diketuk. Seketika kemudian, tombol pintu itu dipulas lalu pintu itu terbuka dengan perlahan. Wajah Firdaus, teman sebiliknya di asrama melawatnya yang kini terlantar lemah di atas katil KPJ, kelihatan di muka pintu.
“Assalamualaikum, ya akhi,” Firdaus menyapanya. Dia kini berdiri di sisi katil pesakit.
Islam memperbetul kedudukannya. “Waalaikumussalam, ya sheikh. Syukran kerana datang melawat ana hari ini,” dia menguntumkan senyuman meskipun kelihatan hambar.
“Afwan, ya akhi. Kaifa haluka?”
“Alhamdulillah. Ana bikhair. Sudah semakin sihat.”
“Alhamdulillah. Ana doakan anta mendapat kesembuhan. Sebaik pulih, anta bolehlah kembali ke sekolah seperti biasa. Lagipun, anta sudah lama terlantar di katil ini.”
“InsyaAllah, ana akan sembuh dalam masa yang terdekat ini. Oh, ya! Bagaimana keadaan teman-teman kita di sekolah? Adakah mereka sudah berhijrah dari sikap buruk mereka?”
Firdaus menelan liur. Otaknya ligat menyusun ayat yang bakal diperkata pada Islam.
“Islam, susah benar ana hendak mengkhabarkan berita ini pada anta. Tetapi, ana merasakan bahawa anta perlu mengetahui berita ini,” nada suaranya mendatar.
Dahi Islam berkerut. Mengharapkan Firdaus meneruskan kata-katanya.
Firdaus menarik nafas dalam-dalam. “Mereka semua telah ditangkap oleh anggota polis beberapa hari yang lalu. Atas dua kesalahan. Pertama, kerana mereka membelasah anta sehingga terlantar di sini. Kedua, kerana mereka mengedar dadah. Sekarang ini, mereka masih berada di lokap dan akan dijalankan perbicaraan dalam masa yang terdekat.”
Islam menggeleng perlahan. Dia beristighfar panjang. Firdaus berzikir di dalam hati. Sememangnya berita yang disampaikannya pada Islam tadi begitu berat pada hakikatnya.
“Jadi, kesnya akan dijalankan perbicaraan?” Islam memandang tepat wajah temannya itu.
Firdaus mengangguk perlahan, mengiyakan kata-kata Islam.
“Sebaiknya, ana melawat teman-teman ana di
Firdaus menghela nafas panjang. “Mengapa anta mampu berfikiran seperti itu? Mereka telah berbuat jahat pada anta. Seharusnya anta tidak perlu mengkhuatirkan kacang hantu itu. Mereka…” percakapannya terhenti apabila Islam tiba-tiba mencelah dengan zikrullah di tengah-tengah percakapannya.
“ Ya sheikh, jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi, jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji,” nada suaraanya lemah lembut.
“Ya akhi, ana setuju dengan kata-kata anta. Tapi, mereka telah berbuat jahat pada anta. Mereka berdendam dengan anta gara-gara anta berbuat dakwah pada mereka yang hidup secara berpuak-puak.”
“Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi, hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.”
Firdaus terpaku. Lidahnya terkelu. Terkesima dengan kata-kata yang meluncur dari bibir teman karibnya itu. Dia melihat keadaan tubuh Islam yang berbalut. Dia terkenang kembali musibah yang menimpa ke atas Islam beberapa hari yang lalu, mengakibatkan dia koma semalaman.
Imbas kembali….
Gang Underground ialah sekumpulan pelajar yang nakal dan seringkali melanggar peraturan sekolah. Mereka berenam telah dimasukkan ke dalam Lembaga Islam Cemerlang(LIC), iaitu pelajar-pelajar yang kurang berdisiplin diletakkan di bawah pemerhatian guru-guru disiplin. Namun begitu, mereka masih tidak berubah. Sikap mereka yang diibaratkan bagai kacang hantu itu menyebabkan pelajar-pelajar sekolah tersebut takut untuk mendekati mereka.
Bukan mereka sahaja yang mempunyai kumpulan mereka yang tersendiri. Pelajar-pelajar lain juga turut menubuhkan kumpulan mereka. Ini mengakibatkan wujudnya kepuak-puakan di sekolah itu.
Fathul Islam, presiden Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) sekaligus memegang jawatan sebagai Ketua Pelajar di sekolah itu berasa terpanggil dengan hal kepuak-puakan yang berlaku di sekolahnya. Dia bertekad untuk menghapuskan semangat assabiah yang wujud dalam kalangan mereka. Mohd Firdaus, naib presiden BADAR turut mendokong tekad Islam yang satu itu.
“I loathe him!” Amir, ketua Gang Underground meluahkan perasaan bencinya yang meluap-luap pada Islam.
Danial senyum sinis. “What ever it is, I loathe him too. He’s always trying to find something wrong with us.”
“Underground hate him and his friend.” Nash, seorang lagi anggota Gang Underground bersuara.
“Yeah! We must teach him a lesson. He’ll get his just desserts,” Bear, yang agak gempal badannya bersuara pula.
“Agree!!!” sebulat suara Gang Underground bersetuju.
Amir tersenyum nakal. Otaknya sarat memikirkan rancangan jahat khas untuk presiden BADAR itu yang selalu mencari salah mereka.
******************
Berbagai aktiviti yang dilakukan oleh pihak BADAR dan Badan Pengawas sekolah untuk menghapuskan semangat assabiah yang semakin lama semakin kuat dalam kalangan mereka.
Pagi itu, Islam menyampaikan sedikit tazkirah tentang zaman gelap yang dahulunya masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan sistem kabilah yang menyebabkan wujudnya semangat assabiah dalam kalangan mereka. Dia betul-betul berharap agar semangat assabiah ini dapat dikikis sedikit demi sedikit meskipun mengambil masa yang panjang.
Seperti biasa, Gang Underground tidak hadir dengan sengaja di majlis perhimpunan pada pagi itu. Bagi mereka, BADAR dan Badan Pengawas sekolah tidak henti-henti membanteras kelompok-kelompok dalam kalangan pelajar.
******************
“Hari ini, kita mesti balas dendam! Wajib walau apapun yang terjadi. Faham, Underground?!” Amir menggunakan nada suara yang tegas. Ketika itu mereka berenam sedang berkumpul di tempat rasmi Gang Underground iaitu di sebuah bilik kosong di sebuah bagunan sekolah mereka yang sudah lama ditinggalkan. Di situlah tempat di mana Gang Underground selalu berkumpul.
“Yes, taiko!” kelima-lima mereka bersuara. Mereka bertekad untuk membalas dendam pada presiden BADAR itu.
“Warning! No failure this time. Iwant him to regret what he had done!” Amir mengingatkan lagi.
Mereka mengangguk perlahan. Mereka pasti menjalankan rancangan yang telah dirancangdengan sebaik mungkin tanpa ada sebarang kecacatan.
Petang itu….
Seperti yang mereka jangkakan, Islam berada di sayap kiri surau sekolah mereka, melakukan aktiviti usrah bersama-sama sekumpulan pelajar di dalam satu halaqah. Gang Underground hanya menanti Islam di hadapan surau.
Sedang dia sedang khusyuk memberi tazkirah pada ahli-ahli usrahnya, hatinya berasa tidak tenang. Dia berhenti sebentar. Pandangannya dialihkan di sekelilingnya.
Matanya singgah pada beberapa orang yang berada di hadapan surau. Dia kenal dengan mereka. Gang Underground.
“Minta maaf. Ana perlu keluar sebentar. Antum teruskanlah baca artikel itu,” Islam meminta diri buat sementara waktu.
Islam melangkah ke arah Gang Underground yang sedang duduk di atas beranda surau.
“Assalamualaikum,” dia menyapa mereka.
Bear tersenyum sinis. Salam yang diberi Islam sebentar tadi dibiarkan tidak berjawab. Dia memandang anggota-anggota Gang Underground yang lain.
“Hei!” Danial menghampiri Islam yang masih tidak berganjak dari kedudukan asalnya.
Pantas, tangan Daniel menumbuk perutnya. Pedih benar rasanya. Islam memegang perutnya yang berasa sakit. Matanya tepat memandang Daniel yang sedang mengukir senyuman yang sarat dengan kejahatan di hadapannya.
“Mengapa anta melakukan perkara ini pada ana? Dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah bersabda…” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, sebuah tumbukan singgah di pipinya. Darah mengalir perlahan dari mulutnya.
“Kau tak payah nak berdakwah dengan Gang Underground! Geng!” Amir bersuara kasar.
Islam terus dibelasah oleh Gang Underground. Ahli-ahli usrahnya hanya duduk di sayap kanan surau sekolah. Tidak berani untuk campur tangan dalam pergaduhan itu. Semua orang tahu bahawa tiada siapa yang boleh menggganggu ataupun mencari masalah dengan Gang Underground.
Setelah beberapa ketika, Islam kelihatan lemah di atas tanah. Darah mengalir dari mulut dan hidungnya dengan banyak. Anggota-anggota Gang Underground tersenyum nakal. Puas dengan tindakan mereka.
“Itu pengajaran untuk kau! Kitaorang bagi amaran pada kau. Don’t mess up with us anymore! Kalau tidak, mampus kau kitaorang kerjakan,” Anas, seorang lagi anggota Gang Underground bersuara keras.
******************
Dr Muslih melangkah ke arah Islam yang sedang menonton televisyen.
“Assalamualaikum, Islam,” Dr Muslih menyapanya.
Islam mengambil alat kawalan jauh televisyen Toshiba itu lalu menekan butang off . Dia memandang wajah doktor muda itu.
“Waalaikumussalam,” dia menghadiahkan senyuman pada Dr. Muslih.
Dr. Muslih menghela nafas panjang.
“Alhamdulillah. Nampaknya anta sudah semakin sembuh. Laporan kesihatan anta juga sangat baik. Berita baik, anta dibenarkan pulang hari ini.”
Islam memanjatkan kesyukuran pada Allah.
“Alhamdulillah. Terima kasih, doktor.”
“Sama-sama. Jaga kesihatan anta selalu. Pastikan makan mengikut waktu,” Dr Muslih member pesanan pada Islam.
“InsyaAllah, doktor. Ana akan ikut pesanan doktor.”
Dr Muslih menguntumkan senyuman.
“Kalau tidak ada apa-apa lagi, ana minta diri dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam,” Islam membalas senyuman doktor muda itu. Dia mengekori Dr Muslih dengan anak matanya sehingga bayangannya hilang dari pandangannya.
Saat itu juga, Firdaus melangkah masuk ke dalam bilik pesakit. Dia tersenyum pada Dr Muslih yang melewatinya sebelum keluar dari bilik itu.
“Assalamualaikum, Islam,” dia menyapa Islam yang sedang tersenyum sendiri.
Islam menoleh ke arah Firdaus yang sedang menghampirinya.
“Waalaikumussalam, Firdaus.”
“Bagaimana keadaan anta?” matanya tepat memandang Islam yang jelas terpancar keriangan di wajahnya.
“Alhamdulillah. Doktor membenarkan ana untuk pulang hari ini. Anta nak hantar ana pulang?” Islam mengukir senyuman.
Firdaus menghela nafas panjang.
“Kebetulan. Memang ana berniat nak hantar anta pulang kalau anta sudah sihat dan dibenarkan pulang hari ini.”
Perlahan-lahan Islam bangun dari katilnya. Firdaus turut membantunya.
“Ana tolong anta kemaskan barang,” Firdaus menawarkan dirinya.
Islam mengangguk perlahan.
“Baiklah. Syukran, ya sheikh.”
******************
Mereka berdua singgah di Tanah Perkuburan Islam, Bangi. Firdaus hanya menunggunya di pagar masuk tanah perkuburan sambil bersandar di badan teksi yang dinaiki mereka.
Islam duduk di sisi kubur ibu dan bapanya. Hatinya sebak terkenangkan ibu bapanya yang sudahpun meninggalkannya seawal usianya baru mencecah 6 tahun. Hari ini genap sudahlah 11 tahun sepeninggalan ibu bapanya di alam ghaib
“Walid, ummi, Islam doakan kita akan berjumpa di
Walid dan ummi meninggal di depan matanya sendiri. Sehingga kini dia trauma dengan kejadian ngeri itu.
11 tahun lalu…
“Walid nak pergi bank dulu. Islam jaga ummi, ya? Tunggu walid kat sini. Jangan pergi mana-mana,” walid beepesan pada Islam.
Islam mengangguk perlahan. Anak kecil yang baru berusia 6 tahun itu hanya tersenyum riang. Lagi-lagi hari ini mereka tiga beranak bersiar-siar di sekitar pekan untuk membeli pakaian beruniform sekolah Islam bagi semester baru pembukaan sekolah tahun hadapan.
Pantas, dia memeluk tubuh walid seerat-eratnya seperti biasa. Dia mencium pipi ayahandanya.
“Islam sayang walid,” suara anak kecil itu kedengaran di gegendang telinga walid.
“Walid pun sayang Islam,” dia menghadiahkan ciuman pada pipi anak tunggalnya yang masih kecil itu.
Perlahan-lahan dia melepaskan pelukannya. Dia memandang ummi yang masih berdiri di hadapannya.
“Ummi, tolong jaga Islam baik-baik. Jaga diri. Walid pergi sekejap.”
Ummi menangguk perlahan.
Walid meninggalkan mereka berdua yang sedang berdiri di kaki
Ummi memegang tangan Islam yang sedang duduk di atas ribanya.
“Sayang, ingat pesan ummi ni. Jaga diri. Tingkatkan iman Islam. Hanya Allah yang wajib disembah. Seandainya ummi dan walid sudah tidak ada di dunia ini, Islam jangan mudah putus asa. Teruskan kehidupan Islam, belajar bersungguh-sungguh. Biar jadi orang yang berguna. Sebarkanlah dakwah Islamiah,” air matanya mengalir ke pipi. Perlahan-lahan, dia mencium dahi anak kecilnya itu lalu memeluk erat tubuh anaknya itu.
Islam yang masih kecil hanya tersenyum lalu membalas pelukan ummi dengan erat.
Beberapa ketika kemudian, sekumpulan tiga lelaki bertopeng datang menyerang mereka dengan parang, pisau dan pistol berada di tangan mereka. Ummi mula resah. Dia masih memeluk erat anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya terapa-apa.
“Hei, perempuan! Serahkan semua harta yang kau ada. Termasuk juga anak kau!” salah seorang daripada lelaki bertopeng itu bersuara keras.
Bibir ummi terkumat-kamit mengalunkan zikrullah.Hatinya berdoa agar mereka berdua dilindungi-Nya.
“Aku cuma boleh cakap dua kali je. Serahkan semua harta kau termasuk anak kau. Kalau tidak nyawa kau dan anak kau ni terancam,” kali ini suaranya bertambah keras. Dua orang lagi lelaki bertopeng hanya bersedia di sisi ummi dan Islam yang berada di dalam pelukannya.
Walid yang sedang tersenyum menuju ke arah ummi dan Islam, tiba-tiba terpaku. Senyumannya mati apabila terlihat ummi dan Islam dikelilingi tiga orang lelaki bertopeng yang bersenjata.
Pantas, dia mengambil tindakan yang drastik. Langkahnya cepat menuju ke arah mereka. Dia bertakbir. Demi melindungi keluarganya, dia sanggup menggadaikan nyawanya.
Maka, berlakulah sebuah pergaduhan yang amat dahsyat. Walid berlawan dengan ketiga-tiga lelaki bertopeng yang bersenjata itu. Islam hanya mampu melihat pergaduhan itu. Ummi berzikir. Hatinya tidak putus-putus berdoa agar mereka berada di bawah perlindungan-Nya.
Akan tetapi, Allah lebih menyayangi walid. Parang yang dipegang oleh salah seorang lelaki bertopeng itu tertikam tubuh walid. Walid rebah. Ummi beristighfar panjang. Islam masih berada di dalam pelukannya.
Dia menghampiri tubuh walid yang lemah. Darahnya mengalir terlalu banyak. Islam dilepaskannya.
“Walid bertahanlah. Ummi telefon ambulans sekarang,” ummi mencapai telefon bimbitnya.
Namun, belum sempat ummi mendail 991, terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Telefon bimbit yang ada di dalam pegangan ummi terlepas. Lantas, ummi rebah ke bumi.
Ketiga-tiga lelaki bertopeng itu pantas melarikan diri, meninggalkan Islam yang sedang menangis teresak-esak. Islam melihat kedua-dua tubuh walid dan ummi lemah. Banyak darah yang mengalir dari tubuh mereka.
0 komen:
Post a Comment