Blogger Widgets May 2009 | ~The Beginning of Life~

Satu Tekad

“PANG!!!” satu penampar percuma dihadiahkan ke pipi gebu Arina. Arina memegang pipinya yang menjadi mangsa tamparan seorang wanita yang bergelar ibu tiri. Air matanya bertakung. Rasa sakit yang amat pedih dirasakannya kini. Matanya memandang lantai, tidak mahu memandang muka bengis ibu tirinya itu. Perlahan-lahan air matanya menitis menbasahi lantai jenis marble rumahnya itu.
“Kau ni betul-betul menyusahkan aku! Kalau tak kerana bapak kau tu, dah lama aku seksa kau tau! Kau ingat sebab kau anak tunggal, kau nak jadi tuan puteri dalam rumah ni?! Banyak cantik muka kau!” tangan wanita itu menolak kepala Arina. Namun begitu, wajahnya masih tertunduk memandang lantai.
“Tak payah la kau nak terus buat cerpen ke novel ke…or whatever! Lagipun papa kau kan dah pesan, stop doing that! Kau ni degil kan?!!” dengan pantas tangannya mengambil beberapa helai kertas di atas meja study Arina. “Kau nampak ni?!” Wajahnya diangkat. Matanya membulat apabila melihat kertas-kertas yang digunakannya untuk menulis cerpen tadi berada di tangan ibu tirinya. Dia menyeka air matanya.
“Apa yang mama nak buat dengan kertas-kertas Rina tu?” terus ibu tirinya mengoyakkan kertas-kertas itu hingga ke cebisan terakhir tanpa mempedulikan rayuan Arina. Lalu cebisan-cebiasn itu dicampakkan ke muka Arina.
“Puas hati aku!! Lain kali kalau tak nak benda ni terjadi lagi, jangan pernah kau lawan cakap aku! And jangan berani nak buat cerpen ataupun novel or whatever it is! Sekarang ni, aku nak kau kemas-kemas semua sampah yang bersepah atas lantai ni. Lepas tu, tolong bibik uruskan kerja-kerja dapur tu! Faham?!” nada suaranya meninggi. Arina bercangkung lalu mengutip setiap cebisan kertas tadi di lantai. Ibu tirinya cuma memandang tindak-tanduk Arina. ‘Padan muka kau ‘tuan puteri’! Kau ingat bila ada ibu tiri, kau boleh hidup senang-lenang kat rumah ni?! Jangan harap!’
Selesai mengutip semuanya, dia bangun lalu membuangnya dalam bakul sampah yang terletak di satu sudut biliknya itu. “Dah apa tunggu lagi?! Pergi tolong bibik uruskan keje-keje rumah!” ibu tirinya bercekak pinggang. Matanya tajam memandang Arina yang masih tercegat di muka pintu. Tanpa berlengah, dia terus berlalu dari situ. Tidak mahu mendengar lagi kata-kata yang keluar dari mulut ibu tirinya itu.

Mata ibu tirinya itu hanya mengekori kelibat Arina hinggalah ia hilang dari pandangannya. ‘Kalau bukan sebab bapak kau yang berpangkat Dato’ and ada harta yang melimpah-limpah, tak inginnya aku nak kahwin ngan bapak kau and jaga kau yang banyak kerenahnya,’hatinya berbisik dengan penuh nafsu.
Arina menuju ke dapur seperti yang diarahkan ibu tirinya itu untuk menolong bibik di dapur. “Bik, ada apa-apa yang boleh Rina tolong tak?” Bibik yang sedang membasuh pinggan mangkuk di sinki dapur memandangnya dengan penuh hairan. “Tak payah la Rina. Nanti apa kata Dato’ ngan Datin bila tahu Arina tolong bibik buat keje-keje yang memang tak patut Rina buat,”sambil itu dia mengelap tangannya pada apron yang dipakainya.
Arina menggeleng perlahan. Matanya masih merah akibat menangis sebentar tadi. “Tak la…mama ngan papa takkan marah. Lagipun buat apa mama ngan papa nak marah? Dah memang Arina nak tolong bik kat dapur ni,”Arina cuba menyembunyikan perkara yang sebenar daripada pengetahuan bibik bahawa ibu tirinya itu yang dipanggil mama olehnya yang menyuruh dia membuat kerja-kerja dapur untuk meringankan kerja bibik. Katanya, nanti kalau dibuat begitu, gaji bibik dapat dikurangkan dan duit mereka boleh dijimatkan untuk kegunaan mereka di masa-masa akan datang.
Bibik yang sudah lama bekerja dengan keluarga Arina iaitu sebelum ibu kandung Arina, Datin Suhaiza bercerai dengan Dato’ Khalid. Oleh itu, dia sudahpun tahu keadaan keluarga Arina. Selepas Dato’ Khalid bercerai dengan Datin Suhaiza, beliau mula hidup sendirian. Perceraian mereka menyebabkan timbulnya rasa kasihan melihat keadaan Arina yang tidak mempunyai ibu kandung selepas ibu bapanya bercerai. Perceraian itu berlaku atas perlakuan Datin Suhaiza dengan seorang pemuda bernama Harith. Mereka rupa-rupanya bercinta di belakang Dato’ Khalid. Hampir setiap malam mereka keluar bersama hingga ke larut malam sehinggalah pada suatu malam mereka berdua ditangkap basah oleh pihak JAIS. Perkara itu telah sampai ke pengetahuan Dato’ Khalid dan beliau membuat keputusan untuk menceraikan Datin Suhaiza dengan talak tiga.
Selepas perceraian itu, Dato’ Khalid yang menjaga dan membesarkan Arina dengan bantuan bibik. Apabila umur Arina mencapai 15 tahun, Dato’ Khalid mengambil keputusan untuk berkahwin demi Arina yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Haliza yang kini bergelar Datin setelah bernikah secara sah dengan Dato’ Khalid di hadapan banyak saksi telah menyebabkan hidup Arina mempunyai banyak pantang larang termasuklah tidak melibatkan diri dalam dunia penulisan dan bahasa.
Jikalau dulu Arina bergiat aktif dalam bidang tersebut dengan menyertai banyak pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seperti pertandingan pantun peringkat kebangsaan dan merupakan pemantun terbaik peringkat kebangsaan selama 2 tahun berturut-turut dan juara menulis penulisan juga di peringkat kebangsaan selama 2 tahun berturut-turut. Namun begitu, Datin Haliza langsung tidak membenarkannya sama sekali berkarya dan melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum yang berkaitan dengan bidang bahasa dan penulisan. Yang paling utama, Dato’ Khalid semestinya mengikut sahaja kehendak isteri barunya itu.


“ARINA!!!ARINA!!”Dato’ Khalid memanggil anak tunggalnya itu dengan nada suara yang tinggi. Tangannya menggenggam erat beberapa helai kertas yang telahpun dikepilkan bersama. Di sisinya, Datin Haliza sedang berdiri.
“Ya!!”Arina Menyahut panggilan ayahandanya yang tercinta dari tingkat atas. Dia segera melangkah menuruni tangga untuk menemui ayahnya di ruang tamu.
“Ada apa papa panggil Rina?”Arina bertanya. Setahunya, ayahnya itu tidak pernah memangginya dengan nada suara setinggi tadi dan bunyinya seperti ingin melepaskan kemarahan yang sekian lama dipendam.
Dato’ Khalid memandang wajah Arina dengan pandangan mata yang tajam. Tangannya terus mengoyakkan kertas-kertas yang dikepilkan lalu dicampaknya ke atas lantai . Mata Aina cuma mampu melihat cebisan-cebisan kertas tadi yang bersepah di atas lantai.
“Kenapa Arina tipu papa?! Tipu mama?! Bukan ke kita dah deal yang Arina dah tak nak terlibat dalam apa-apa lagi yang berkaitan dengan bidang penulisan dan bahasa? Sekarang Arina dah puas hati tengok semua cebisan-cebisan kertas cerpen Arina dikoyak-koyakkan?”Dato’ Khalid menggunakan nada suara yang tinggi. Arina hanya tertunduk memandang lantai.
“Kenapa papa sanggup koyakkan kertas-kertas cerpen Rina? Papa kan tahu yang Rina berminat dalam dunia ni? Rina tak boleh nak tinggalkan dunia ni dalam masa yang singkat,”hatinya sebak. Di sudut hatinya, terselit rasa sedih dan kecewa terhadap ayahnya yang banyak berubah sejak berkahwin baru.
“Tapi Rina dah janji ngan papa sebelum ni? Sampai sekarang papa still pegang janji Rina kat papa. Kalau Rina nak tahu, semua ni nonsense! Perkara ini tak akan bawak Rina ke menara gading sekali pun. Percayalah kata-kata papa,”Dato’ Khalid menekankan pendapatnya tentang bidang penulisan dan bahasa. Kali ini Arina tidah dapat menahan kesabarannya lagi. Dia harus menegakkan apa yang diperlukan dirinya. Dia tidak boleh memendam lagi segalanya.
Perlahan-lahan, dia menarik nafas. Otaknya ligat menyusun ayat agar tidak menyakiti hati ayahnya mahupun ibu tirinya yang bengis itu. “Papa..mama…Rina….langsung tak dapat nak memenuhi janji tu. Rina sedar yang Rina tak boleh nak tinggalkan dunia tu. Bagi Rina, itulah dunia Rina yang sebenar. Meskipun Rina dah try untuk tinggalkan dunia penulisan dan bahasa ni, tapi….hati Rina tetap kat dunia tu. Dan Rina dah bertekad. Rina akan buktikan kat papa dan jugak mama bahawa dunia penulisan dan bahasa bukanlah suatu yang sia-sia. Rina akan buktikan,”Arina benar-benar bertekad. Dia ingin membuktikan pada kedua-dua ibu bapanya bahawa dia juga boleh berjaya dalam bidang penulisan seperti Shahnon Ahmad.


Masa berlalu dengan pantas. Arina sudahpun berjaya di menara gading dengan memperolehi segulung ijazah dalam bidang sastera dan penulisan. Kini, dia sudahpun popular di khalayak pembaca novel setelah novelnya yang bertajuk Mengharap Sinar dan Tentang Kita meletup-letup di pasaran Malaysia dan penjualan kedua-dua novelnya itu telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa iaitu di Indonesia dan Singapura. Di sana, novel-novelnya mendapat sambutan yang hangat.
Kejayaan itu telah membuktikan bahawa Arina mampu menonjolkan dirinya dalam bidang mengkarya. Terbukti jualah berkarya bukanlah satu perkara yang sia-sia dalam kehidupan. Dato’ Khalid begitu kagum dengan kejayaan yang diperoleh Arina. Dia tahu dia bersalah dan begitu menyesal dengan sikapnya terdahulu. Manakala ibu tirinya sudah pun diceraikan Dato’ Khalid apabila semua rahsia dan rancangannya terbongkar semsa Dato’ Khalid sendiri menemukan diari oren Datin Haliza dan segal isi di dalamnya dibaca satu-persatu. Sungguh tidak disangka bahawa wanita itu cuma menginginkan hartanya sahaja. Oleh itu, tiada gunanya Dato’ Khalid membiarkan wanita bengis itu bergelar ister dan hidup bersamanya dan Arina. Baginya itu hanyalah seperti racun yang sempat dibuang di dalam longkang, yang penting ialah kehidupan Arina yang bahagia dan ceria. Itulah yang selama ini yang diharapkan oleh seorang ayah sepertinya.

Suratan Atau Kebetulan



Usianya baru sahaja mencecah dua belas tahun. Namun demikian, kanak-kanak yang diberi nama Ahmad Saiful Zaim itu sudah pun melalui kehidupan yang penuh dengan pancaroba.

Kemiskinan yang dihadapinya mengajar dia erti kesusahan dan hidup berdikari. Lagi-lagi dia terpaksa menerima takdirNya apabila ibu yang tercinta lumpuh akibat mengalami demam yang begitu panas sehingga mengakibatkan kedua-dua belah kakinya lumpuh.

Namun demikian, kemiskinan tidak mengalang mereka sekeluarga bersujud padaNya. Setiap hari, mereka akan bersolat secara berjemaah lima kali sehari. Pada setiap malam pula, mereka berzikir dan solat tahajud dan juga solat hajad, memohon agar Dia memurahkan rezeki mereka.

Setiap pagi, di sekolah, Zaim akan menunaikan solat sunat Dhuha di surau sekolah pada waktu rehat. Baginya, dengan menunaikan solat sunat Dhuha, hatinya kian tenteram. Dia mengharapkan Dia memurahkan rezekinya dan meringankan ujian yang dia dan keluarganya hadapi.

Zaim merupakan seorang pelajar yang pintar. Meskipun begitu, kemiskinan yang dihadapinya menyebabkan dia tidak mampu membeli buku-buku selain buku teks yang diberi pinjaman oleh pihak sekolah.

Di sekolah, dia begitu mengagumi dan menghormati cikgu Bahasa Melayunya, Cikgu Abdul Manaf. Cikgu itu adalah seorang guru yang tegas dan bertanggungjawab.

Cikgu Manaf sudahpun berkahwin selama empat tahun lamanya. Akan tetapi, dia masih belum dikurniakan cahaya mata. Isterinya yang enggan memiliki anak adalah seorang wanita yang sibuk dengan persatuan wanita yang diketuainya an kerjanya sebagai seorang usahawan. Isterinya jua membela seekor kucing yang diberi nama Comel. Puas dipujuk oleh Cikgu Manaf supaya mereka berdua memiliki anak tetapi isterinya bertekad dan mengatakan bahawa Comel si kucing itu telahpun dianggap seperti anaknya sendiri.

Suatu petang, selepas waktu persekolahan tamat, Zaim diganggu oleh Daniel, kawan sebayanya dan dua orang pelajar yang lain. Kerepek-kerepek yang ingin dibawa ke gerai-gerai untuk dijual dicampakkan ke dalam sawah oleh Daniel.

“Budak miskin, sekarang ni apa yang kau nak buat? Kerepek-kerepek tu semua tak bolah nak jual. Apa cerita? “ Daniel mula mencari masalah dengan Zaim. Zaim Cuma membisu. Dia mendidik hatinya agar bersabar dan tabah menghadapi segala hinaan yang bakal terlantar padanya dari mulut tiga orang rakan sebayanya.
“Kau ada perasaan ke tak ni?! “ seorang lagi rakan Daniel, Umar mula hilang sabar dengan Zaim. Dia menarik Zaim dengan memegang kolar baju Zaim. Buku lima ditunjukkan pada Zaim.

Daniel dan Salim terkejut akan tindakan drastic yang ditunjukkan Umar.

“Sabar, Umar. Biar aku yang uruskan, “ Daniel menenangkan Umar. Umar perlahan-lahan melepaskan peganganya pada kolar baju Zaim dan meleraikan buku limanya. Dia mendengus. Zaim membetulkan kolar bajunya.

Tiba-tiba, tanpa diberi amaran, sebuku penumbuk singgah di muka Zaim. Zaim mengaduh kesakitan. Dia mengusap bahagian pipinya yang terasa sakit ditumbuk.

“Amacam dengan penumbuk aku? Sedap? Nak lagi? “ Daniel menguji kesabaran Zaim. Zaim tidak mampu lagi untuk menahan kesabarannya lagi.

“Kali ini, kau bakal rasa keenakan tumbukan aku, “ Zaim akhirnya membuka mulut lalu menghadiahkan sebuku tumbukan hangat di muka Daniel.

PO!!! Kuat tumbukan itu. Daniel mengaduh kesakitan sambil mengesat darah mengalir pada bibirnya. Salim dan Umar yang melihat Daniel menerima sebuah hadiah yang begitu beracun, serta-merta membelasah Zaim. Zaim yang tidak mahu membiarkan dirinya dibelasah, cuba untuk mempertahankan dirinya. Biarpun begitu, dia akhirnya tewas dalam pertarungan itu. Dia dibelasah dengan teruk sekali.

Setelah puas membelasah, mereka bertiga berlalu pulang. Hati mereka berasa tenang. Sekurang-kurangnya mereka telah membalas perbuatan berani tumbuk Zaim.

Zaim pulang ke rumah dengan penuh lebam di mukanya. Ibunya yang duduk di atas kerusi roda yang dibeli oleh jiran mereka, terus menuju ke arah Zaim.

“Kenapa ni, sayang? Gaduh? “ ibunya bertanya dengan penuh kerisauan. Zaim hanya membisu. Sementara kemudian, ayanhnya muncul mendekati mereka.

“Gaduh? “giliran ayahnya pula bertanya padanya. Wajah ayahnya yang garang dan serius menyebabkan dia berasa takut dan bimbang untuk memandang wajah ayahnya. Kali ini tertunduk memandang lantai.

Tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk. Semua mata mereka tertumpu ke arah pintu.

“Siapa pula yang dating dekat-dekat senja ini? “ ayahnya merungut. Dia membuka pintu.

“Assalamualaikum, Pak Karim, “ ayah Daniel, Pak Syafiq menyapa ayah Zaim. Di sebelahnya, kelihatan Daniel sedang menahan kesakitan di bibirnya.
“Waalaikumussalam, Pak Syafiq. Jemput masuk, “ Pak Karim menjemput Pak Syafiq dan Daniel untuk melangkah masuk ke dalam rumahnya yang kelihatan usang. Pak Syafiq yang tidak mengendahkan keusangan rumah itu masuk ke dalam rumah manakala Daniel yang sememangnya jijik melihat keadaan rumah yang sangat daif itu, mahu tak mahu, dia terpaksa menjejakkan kaki ke dalamnya. Mereka duduk di atas kerusi rotan.

“Apa hajat Pak Syafiq datang ke rumah saya hari ini? “ Pak Karim bertanya pada Pak Syafiq.

”Pak Karim nampak tak lebam-lebam kat muka anak saya ni? Semuanya pasal anak Pak Karim yang sorang ni.”

“Anak saya? Apa yang Zaim dah buat? “ Pak Karim bertanya kehairanan. Rasa tidak percaya bahawa anak tunggalnya terlibat dalam kes pergaduhan.

“Pak Karim, muka anak saya ni lebam-lebam. Anak kamu yang sorang tu yang buat anak saya macam ini.”

Pak Karim memandang Zaim yang berdiri di sebelah kerusinya. Lalu dia bangun dari tempat duduknya dan menuju ke biliknya untuk mengambil sabatang rotan. Sementara kemudian, dia kembali ke ruang tamu dengan sebatang rotan dalam genggamannya.

“Ini ke yang abah ajar selam ni? Abah tak pernah ajar anak ayah belasah orang, “ tangannya menyebat Zaim beberapa kali dengan kuat di hadapan kedua-dua tetamunya. Daniel tersenyum. Lega rasanya apabila melihat Zaim disebat. “Padan muka kau, Zaim! Rasakan kemanisan sebatan tu, “ Daniel berbicara dari hati.

“Abah, Zaim berani sumpah atas nama Allah yang Zaim tak mulakan kalau dia tak cari pasal dengan Zaim, mesti Zaim tak belasah dia, “ Zaim membela diri. Sebatan demi sebatan diberikan di seluruh anggota badan Zaim. Zaim mengaduh kesakitan. Daniel terus melihat adegan itu sambil tersenyum. Tapi lama-kelamaan dia berasa serba-salah.

“Pak Karim, jangan sebat dia lagi, “ ayat itu terlantar secar tiba-tiba dari mulut Daniel. Serta-merta sebatan itu diberhentikan Mak Yah, ibunya yang dari tadi melihat Zaim disebat mengalirkan air mata. Dia menarik tangan Zaim merapatinya. Kelihatan Zaim cuba menahan kesakitan. Air matanya bergelinang.

“Kenapa kamu cakap macam tu, Daniel? Dia memang patut kena sebat. Biar dia sedar, “ Pak Syafiq membuka mulut. Aneh rasanya apabila mendengar kata-kata belas kasihan yang dikeluarkan dari mulut Daniel.

“Hhhmmm……sebenarnya…….sebenarnya, “ Daniel gugup sepertinya dia ingin menceritakan sesuatu.
“Sebenarnya apa? “ Pak Syafiq bertanya. Semua mata masih tertumpu pada Daniel yang seakan-akan merahsiakan sesuatu.

“Sebenarnya, semua ini salah Daniel. Daniel yang mulakan dulu. Daniel campak kerepek-kerepek yang Zaim nak jual petang tadi ke dalam sawah. Waktu tu, Daniel dengan Salim dan Umar. Kami menguji kesabaran Zaim. Kami yang cari pasal.”

Pak Karim tergamam. Rotan yang berada di dalam genggamannya terlepas. “Apa yang telah aku lakukan? Kenapa aku lebih percaya pada kata-kata orang lain berbanding anak aku sendiri? Ya Allah, ampunilah aku.”

Pak Syafiq terkejut. Dia berasa kecewa dengan sikap anaknya. Tak pernah dia mengajar Daniel mencari masalah dengan orang lain sehingga timbulnya pergaduhan.

“Pak Karim, maafkan kesalahan anak saya. Minta maaf sangat-sangat,” Pak Syafiq memohon maaf. Kemudiannya mereka berdua berlalu pergi setelah mendapat keizinan daripada Pak Karim. Pak Syafiq beredar dengan perasaan malu.

Pak Karim memandang Zaim yang berdiri di sebelah ibunya. Dia kelihatan seperti menahan kesakitan yang dialaminya. Pak Karim menghampirinya.

“Mari, abah sapukan ubat kat luka-luka tu.”

Zaim menurut kata-kata ayahnya. Sewaktu diubati, dia menahan kesakitan. Kali ini air matanya mengalir. Rasa sakit yang dialaminya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Zaim, abah minta maaf ya. Abah terlalu ikutkan emosi ayah.” Pak Karim meminta maaf.

“Tak apalah, bah. Bukan salah abah pun.”

Esoknya dia berangkat ke sekolah seperti biasa. Ramai yang bertanyakan tentang luka-luka yang terdapat pada tubuh badannya. Namun begitu, dia cuma mengatakan bahawa dirinya terjatuh di ladang getah. Syukurlah mereka tidak banyak bertanya.

Di akhir persekolahan, seperti biasa, dia akan membantu Cikgu Manaf mengangkat barang-barangnya ke kereta. Pada hari itu dia berasa pelik. “Mengapa Cikgu Manaf batuk-batuk? “ soalan-soalan itu ligat bermain di mindanya.

“Cikgu, kenapa cikgu batuk-batuk hari ini? Sebelum ni pun sama. Cikgu sakit ke? “ soalan itu diajukan pada Cikgu Manaf selepas mereka tiba di tempat letak kereta Proton Satria milik Cikgu Manaf.

“Cikgu ok. Tak ada apa-apa la. Biasa la ni,”Cikgu Manaf menjawab soalan itu dengan ringkas. Zaim mengangguk. Dia bersalam dengan Cikgu Manaf lalu melangkah pergi dari situ setelah mengucapkan terima kasih.
Cikgu Manaf terbatuk-batuk. Sapu tangan yang dipegangnya, ditekup ke mulutnya. Kemudian dia mengalihkan sapu tangan itu. Dia beristighfar panjang saat melihat darah yang kelihatan di sapu tangan yang berwarna putih itu.

Hari itu, Zaim pergi ke sekolah seperti biasa. Luka-luka di tubuh badannya beransur pulih. Akan tetapi, dia berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena namun dibiarkannya.

Setibanya di sekolah, dia mendapat tahu bahawa Cikgu Manaf tidak dapat hadir ke sekolah kerana terlantar di hospital akibat menghidap penyakit TB. Dia terkejut. “Adakah sebab ini cikgu batuk-batuk selama ini? “ terdetik jua soalan itu di mindanya.

Petang itu, dia meminta izin ibu dan ayahnya untuk pergi malawat Cikgu Manaf di hospital. Selepas mendapt keizinan mereka, dia membuka langkah. Dia membawa buah tangan berbentuk pucuk paku untuk diberi kepada Cikgu Manaf.

Apabila dia tiba di bilik rawatan Cikgu Manaf, kelihatan seorang wanita yang dipercayai merupakan isterinya sedang duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil Cikgu Manaf. Zaim menuju ke arah Cikgu Manaf yang terlantar lemah di atas katil.

“Cikgu tak apa-apa? Macam mana keadaan cikgu sekarang?”

“Cikgu tak apa-apa. Rasanya lagi baik dari sebelum ni.”

Zaim mengangguk. Tiba-tiba dia teringat akan buah tangan yang dibawanya.

“Oh ya. Ni buah tangan yang saya bawa untuk cikgu. Walupun Cuma pucuk paku.”

“Terima kasih, Zaim. Tolong letakkan kat meja sebelah ni.”

Zaim meletakkan pucuk paku itu di atas meja yang ditunjukkan Cikgu Manaf.

“Pucuk paku je? Apa ni? Tak ada kelas langsung. Bagilah buah-buahan ke. Susah sangat ke? Dasar budak miskin,” isteri Cikgu Manaf menghina Zaim. Zaim terpaksa bersabar dengan cemuhan itu.

“Huda, jangan cakap macam tu. Semua manusia sama je,” Cikgu Manaf menasihati isterinya. Huda mencebik.

“Dah memang miskin. Nak buat macam mana lagi?”

Zaim mula geram dengan sikap isteri Cikgu Manaf yang sombong. Lalu dia meminta diri.

Suatu hari, selepas Cikgu Manaf pulih seperti sediakala, dia memandu kereta Proton Satrianya menuju ke rumah Zaim. Tetapi, malang tidak berbau, Cikgu Manaf yang tidak perasan kehadiran sebuah basikal bertentangan dengannya bertembung. Cikgu Manaf menekan pedal brek sekuat hati. Dia cemas. Dengan segera dia keluar dari perut kereta untuk melihat keadaan penunggang itu.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Zaim sedang terkulai layu di atas jalan tar. Rupa-rupanya, Zaim ialah penunggang basikal yang dilanggarnya.

Dia menghampiri Zaim. Darah banyak mengalir keluar. Zaim kelihatan seperti tdak bernafas lagi.

“Zaim, bangunlah. Jangan buat cikgu macam ni.” Tetap tiada respon.

“Zaim! “Sekali lagi Zaim tidak menunjukkan respon.

Makin lama, makin ramai penduduk kampong yang menghampiri mereka. Namun demikian, keadaan itu tidak mengubah apa-apa.

“Zaim!!!!!”

Zaim selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam di kampong itu. Ibu dan ayahnya terpaksa redha dengan menerima pemergian anak tercinta. Manakala Cikgu Manaf masih menyalahkan dirinya dan akhirnya memerangkap dirinya sendiri ke dalam tekanan. Disebabkan itu, dia dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa untuk menerima rawatan yang sewajarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...